Skip to main content

Badminton

Masters China: Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin hanya perlukan 31 minit untuk mara ke separuh akhir!

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

hong-pan-ron.jpg
Pemain beregu campuran negara, Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin, terus mencipta kejutan apabila melangkah separuh akhir Masters China di Shenzen, sebentar tadi.

Selepas mencipta sensasi menumbangkan beregu pilihan kedua tuan rumah, Jiang Zhen Bang-Wei Ya Xin, pasangan negara itu memburu slot ke separuh akhir dalam aksi yang berlangsung hari ini. 

Berdepan Cheng Kuan-Yin Hui, ternyata rentak yang dipamerkan semalam apabila mereka berjaya merekodkan kemenangan 21-10, 21-16.

Hanya 31 minit diperlukan beregu negara untuk menoktahkan kemenangan sekaligus melangkah ke separuh akhir. 

Mereka bertemu pilihan ketiga, Tang Chun Man-Tse Ying Suet dari Hong Kong dalam aksi yang berlangsung esok. 

Advertisement

Must Watch Video