BADMINTON
Masa depan saya bersama Ee Wei? Biar jurulatih tentukan -- Tang Jie
Pemain beregu campuran negara, Chen Tang Jie menyerahkan sepenuhnya keputusan kepada barisan kejurulatihan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengenai status gandingannya bersama Toh Ee Wei.
Tang Jie, yang mula berganding dengan Ee Wei pada akhir 2022 menyatakan bahawa tidak banyak perkara yang boleh difikirkannya ketika ini selain terus memberikan fokus kepada kariernya sebagai pemain badminton yang boleh mengharumkan nama negara.
Untuk rekod, pasangan itu telah memenangi tiga gelaran Jelajah Dunia, Masters Orleans 2023, Terbuka Taiwan 2023 dan Terbuka Korea 2024.
Iklan
"Segala keputusan terletak di tangan jurulatih, sukan badminton ini adalah sesuatu yang amat penting dalam hidup saya. Saya sangat bersyukur kerana masih lagi diberi peluang bermain badminton jadi saya meletakkan kepercayaan kepada jurulatih," katanya.
Selain itu, Nova Widianto juga mengesahkan bahawa mereka bergelut sejak Sukan Olimpik Paris tahun lalu kerana tekanan yang agak tinggi.
Namun, Nova berharap mereka dapat menyelesaikan masalah itu sebelum Piala Sudirman pada akhir April ini.
Must-Watch Video