Menjelang aksi berprestij yang di nanti-nantikan peminat badminton tanah air, kejohanan badminton PERODUA Malaysia Masters 2024 bakal memulakan aksinya bermula 21 hingga 26 Mei ini, di Stadium Axiata Arena, Bukit Jalil.
Lebih menarik, debaran kian dirasai untuk dipertontonkan apabila mendapat sambutan hangat oleh setiap penyokong badminton di seluruh negara.
Penjualan tiket bagi kejohanan berstatus Super 500 itu mendapat respon positif membuktikan PERODUA bersama
Persatuan Badminton Malaysia (BAM) sememangnya bakal menjanjikan cabaran sengit daripada setiap pemain.
Seperti sedia maklum, pusingan kelayakan ke Sukan Olimpik Paris 2024 telah berakhir, namun, kejohanan itu tetap menjanjikan aksi menarik daripada penyertaan beberapa pemain terbaik dunia.
“Kita mendapat maklum balas yang luar biasa menerusi penjualan tiket yang laris bagi katogori Platinum dan Premium untuk perlawanan suku akhir, separuh akhir dan perlawanan akhir,” kata Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Tan Sri Mohamad Norza Zakaria.
“Saya harap peminat badminton turut tidak melepaskan peluang membanjiri rumah keramat badminton Malaysia untuk menunjukkan sokongan kepada pemain negara.
Kejohanan itu akan disertai seramai 294 pemain dari 25 negara dan skuad Malaysia akan menghantar 21 pemain bagi merebut gelaran terbuka Malaysia itu.
Saksikan perlawanan ini secara langsung di Astro SuperSport saluran 814.
Najmi Iman
Thu May 16 2024