Skip to main content

Badminton

Loo Bing Kun tagih peluang kejohanan bantu naikkan ranking beregu campuran baru

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

loo-bing-kun.jpg
Beregu campuran negara, Loo Bing Kun, secara rasmi mengumumkan akan bersama dengan Go Pei Kee selepas ini dan berjanji akan kembali merakamkan aksi meyakinkan menjelang Kejohanan Badminton Terbuka Macau, bulan depan. 

Dengan kredibiliti Pei Kee yang sebelum ini memiliki kekuatan sebagai pemain 'back court', Bing Kun berazam membantu gandingannya itu supaya mampu beraksi seimbang juga di depan jaring. 

Pentas di Terbuka Macau bakal dijadikan cabaran pertama menuai hasil bersama Pei Kee, namun sedar masih banyak yang perlu dibincangkan memandangkan mereka baru 
sahaja beberapa hari digandingkan bersama. 

"Selama ini dia sering beraksi di bahagian belakang gelanggang. 




"Dia mempunyai kekuatan dan dia mampu menangani tekanan," katanya di Akademi Badminton Malaysia (ABM), Bukit Kiara, hari ini. 

Bing Kun turut berharap dapat bertahan lama dengan Pei Kee memandangkan nasibnya tidak selalu memihak kepada dirinya apabila bertukar-tukar pasangan tujuh kali sepanjang kariernya di pentas profesional menyukarkan untuk memperoleh lonjakan ranking konsisten. 

"Saya harap kami diberi peluang menyertai kejohanan bagi menaikkan ranking," tambahnya. 

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video