Tonggak tengah berpengaruh KualaLlumpur City, Zhafri Yahya akui dia dan rakan sepasukan berada dalam motivasi terbaik ketika ini menjelang pertemuan ketiga Liga Super menentang Negeri Sembilan di Sadium Paroi pada Jumaat.

Jelas pemain berusia 29 tahun itu, penyingkiran skuad warga kota dari saingan Piala FA berikan ruang yang lebih banyak untuk Kl City fokus sepenuhnya kepada saingan liga.

Zhafri percaya, jika kemenangan mampu diraih 'The City Boys' ianya pasti menyuntik semangat pasukan untuk terus mendaki kedudukan liga.

Untuk rekod, selepas 2 perlawanan Liga Super, skuad kendalian Miroslav Kuljanac menghuni kedudukan ke-10 hasil 1 keputusan seri serta 1 kali tewas.

"Setakat ini, alhamdulillah semua berjalan dengan lancar, pasukan semua sudah bersedia untuk bertemu dengan pasukan Negeri Sembilan," kata Zafri ketika ditemu bual oleh wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi pada Rabu.

"Sudah semestinya setiap kemenangan itu makin lama makin terbaik untuk pasukan dan peluang untuk pasukan dapatkan aura positif dan itu sangat penting.

"Kita mungkin sudah tersingkir Piala FA, kita boleh lupakan. Kita mahu fokus Liga Super, kita perlu pandang positif untuk pasukan dan kita tidak boleh pandang rendah. Kita pun perlu perbaiki apa yang kita perlu perbaiki.

"Semoga perlawanan bertemu Negeri Sembilan nanti kita dapat keputusan yang baiklah.