Skip to main content

Badminton

Lee Zii Jia terlepas Swiss Open

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

zii-jia-lee.jpg
Olimpian Badminton Negara, Lee Zii Jia dalam satu kenyataan dikeluarkan oleh Team Lee Zii Jia di media social menyifatkan bahawa pemain perseorangan lelaki itu menarik diri dari Kejohanan Terbuka Swiss yang dijadual berlangsung pada 18 sehingga 23 Mac.

Kenyataan tersebut sekali gus mengatakan pemain ranking ke-7 dunia itu tidak dapat beraksi di kejohanan tersebut oleh kerana mengalami kecederaan pada buku lali kaki kanannya.

Juara All England 2021 itu terlepas peluang mara ke pusingan seterusnya di saingan All England musim ini setelah tewas pada pusingan pertama di tangan wakil Hong Kong, Angus Ng Ka Long dalam aksi 3 set pada Selasa.

Tertulis di kenyataan itu juga di mana Zii Jia akan mendapatkan rawatan lebih lanjut sebelum bersedia untuk kejohanan-kejohanan yang akan datang.
 
 

Advertisement

Must Watch Video