BADMINTON
Khianati Indonesia? Ini jawapan Herry Iman
Kejayaan pertama di bawah kendalian Herry Iman Pierngadi menyaksikan juara dunia 2022, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, menggondol kejuaraan Kejohanan Badminton Asia (BAC) turut menerima daripada kecaman negara jiran.
Segelintir peminat melontarkan kritikan kepada Herry Iman yang menganggap dirinya seperti 'mengkhianati' negarannya selepas membantu Malaysia menamatkan kemarau selama 18 tahun.
"Itu mereka punya problem, saya perlu profesional sebab ini memang kerja saya"Jurulatih beregu lelaki negara, Herry Iman Pierngadi menjawab kritikan sesetengah penyokong negara jiran susulan kejayaannya membantu Malaysia menamatkan kemarau 18 tahun di BAC. @ASTROARENA pic.twitter.com/lUSvfooVeI— husnae (@husnazainudin_) April 15, 2025
Iklan
Mengulas lanjut isu berkenaan, dia membidas dakwaan tidak berasas itu dan memilih untuk bertindak profesional bagi menggalas tanggungjawab merealisasikan misi negara.
"Itu mereka yang bermasalah. Saya tiada isu.
"Mungkin mereka ada sedikit iri hati. Menurut saya, itu perkara biasa," katanya ketika ditemui di Persatuan Badminton Malaysia (BAM).
Must-Watch Video