Skip to main content
ligasuper

Jom Undi Gol Terbaik Liga Super Sekarang!

Badminton

Kejohanan Perseorangan Badminton Kebangsaan B18: Wakil muda negara cemerlang serlah potensi

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

badminton.jpg
Kong Wei Xiang dari Badminton Malaysia (BAM) berjaya merangkul gelaran perseorangan lelaki Kejohanan Perseorangan Badminton Kebangsaan bawah 18 tahun (B18) selepas berjaya menewaskan Louis Lee Qi Jun 2-15, 20-18, 15-9 di Dewan Akademi Badminton, Perak.

Sementara itu, Eng Ler Qi tidak mensia-siakan peluang untuk mempertahankan kedudukan nombor satu dalam kategori perseorangan wanita apabila berjaya menjuarai aksi final tersebut. 

Ler Qi yang berusia 17 tahun, yang berlatih di bawah Misbun Ramdan, sekali lagi menunjukkan dirinya cukup berkemampuan untuk memacu perlawanan sejak dilakukan pada pusingan awal.

Pemain berumur 17 tahun, Ler Qi berjaya menundukkan Oo Shan Zi, yang merupakan pemenang pingat perak Sukan Malaysia (SUKMA) di Sarawak dengan kemenangan 15-8, 15-9 dalam masa lebih setengah jam.

 

Dalam acara beregu campuran, Dania Sofea Zaidi-Datu Anif Isaac Datu Asrah tewas tiga set dalam perlawanan akhir menentang Loh Ziheng-Maisarah Ramdan.

Bagaimanapun, Dania menebus kekecewaan itu apabila berjaya memenangi perseorangan wanita bersama rakan sepasukan Low Zi Yu.
 

Advertisement

Must Watch Video