Skip to main content

Badminton

Kejohanan Dunia BWF: Aaron-Wooi Yik mahu pertingkat mutu permainan

aaronwooiy.jpg
Gandingan beregu nombor satu negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, belum berpuas hati dengan prestasi mereka dalam aksi pertama Kejohanan Dunia biarpun menang ke atas wakil China, Ou Xuanyi-Zhang Nan dengan keputusan  21-18, 20-22, 21-16.

Menurut Wooi Yik, cuaca sejuk sedikit mengganggu rentak permainan mereka sehingga terpaksa diheret ke set penentuan.

Ia lebih mencabar apabila ini merupakan pertemuan pertama menentang pihak lawan yang sudah lama tidak beraksi di kejohanan kompetitif.

Sementara itu, sifat kesabaran tinggi pihak lawan di atas gelanggang mengundang padah buat beregu wanita negara, M. Thinaah-Pearly Tan yang terkandas di pusingan kedua selepas tewas kepada Ng Tsz Yau-Yuen Sin Ying 21-10, 12-21, 11-21.
 

Advertisement

Must Watch Video