Masih dihimpit kecederaan pergelangan kaki kiri, pemain beregu campuran negara, Goh Soon Huat, belum pasti dengan nasibnya sama ada akan turun beraksi dalam Kejohanan Badminton Asia di Wuhan, China, 25 April ini.
Soon Huat mengalami kecederaan itu ketika sesi latihan sehari sebelum Kejohanan Terbuka Malaysia membuka tirainya pada minggu lalu.
Soon Huat, bagaimanapun, mengesahkan bengkak yang dialami pada pergelangan kaki kirinya semakin surut dan sudah mula turun ke gelanggang untuk berlatih.
Kini, dia masih menunggu pelepasan daripada barisan kejurulatihan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) sebagai pengesahan beraksi dalam Kejohanan Badminton Asia.
"Kebiasaannya, kalau ditimpa kecederaan pergelangan kaki, ligamen akan putus," katanya. "Tetapi selepas menjalani ujian imbasan (MRI) dan x-ray, mujur tiada masalah serius.
"Bahagian itu cuma mengalami bengkak. Setakat ini, saya mampu menanggung kesakitan itu dan meneruskan permainan."
Pasangan beregu, Soon Huat, Shevon Jemie Lai, mengakui ia adalah antara detik sukar buat pasangannya itu.
Meskipun peluang masih samar-samar, Shevon tetap menaruh harapan tinggi untuk tersenarai ke China selepas berputih mata tidak dapat beraksi di Kuching minggu lalu.
"Saya bimbang kecederaan akan mengganggu persembahan kami. Apapun, kami akan tetap mengharungi setiap cabaran dengan seadanya.
"Setakat ini, masa semakin singkat untuk kami membuat persiapan rapi. Saya berharap dia (Soon Huat) boleh pulih dan memberikan aksi terbaik dalam kejohanan seterusnya," katanya.