Skip to main content

Badminton

Kejohanan Allianz Junior Badminton Championship: Saingan di Sabah bertambah hangat

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

ary-jaswine-sim.jpg
Seramai 358 penyertaan menghiasi pusingan kelayakan kelima Kejohanan Allianz Junior Badminton Championship 2025 di Negeri Di Bawah Bayu, Sabah, dengan menyaksikan kategori perseorangan lelaki B-15 didominasi Ary Jaswine Sim yang menewaskan Eider Eiverneo Simon 30-19. 

"Keadaan cuaca yang panas memerlukan saya menjaga stamina.

"Permainan saya mudah sahaja pada hari ini. Saya cuma perlu kawal empat penjuru gelanggang sambil tunggu kesilapan lawan," kata Ary Jaswine Sim.


Dalam masa sama, kategori perseorangan perempuan B-15 pula memperlihatkan ketangkasan Tan Jing Er yang mudah menundukkan Alya Nur Syarafana 30-10.

"Saya tidak banyak melakukan kesilapan," katanya pula.

Sementara itu, pertarungan sengit antara Siti Nur Hanisah dan Chiara Diaz menyaksikan Siti Nur Hanisah menang 30-25.

"Lawan yang dihadapi merupakan antara yang terbaik di Sabah. 

"Saya kekurangan permainan di jaring jadi saya banyak membuat pukulan pendek selain kekerapan rejaman," katanya.


Aksi yang bertempat di Olimpia Badminton Arena itu dijangka akan terus hangat dalam sesi separuh akhir, esok. 
 

Advertisement

Must Watch Video