Skip to main content

Badminton

KB Bandar Maharani mula langkah kanan

kb-maharani.jpg
Kelab Badminton (KB) Bandar Maharani berjaya mencatatkan kemenangan dalam perlawanan sulung Junior Purple League (JPL) 2017 di Sports Arena Puchong tadi.

Kelab itu yang baru “dinaikkan pangkat” ke Divisyen Satu selepas menjuarai Divisyen Dua JPL musim lalu menang besar 14-3 mengatasi KB Serdang.

Dalam set perseorangan lelaki, Lim Chong King berjaya memungut mata untuk pasukan KB Bandar Maharani selepas dia menewaskan wakil KB Serdang, Chang Chia Hao dengan keputusan 3-0 (11-8, 11-9, 11-6).

Selepas itu dalam beregu perempuan, Luo Jin Wen/ Wang Yu Qiao terus menambah mata buat pasukannya. Mereka menewaskan gandingan Lee Xin Jie/ Lim Mei Chen dengan keputusan 3-0 (11-8, 11-7, 11-9).

Dalam pertarungan beregu campuran, Go Pei Kee/ Lee Yi Bo bagaimanapun gagal memberikan kemenangan buat pasukan KB Bandar Maharani.  Mereka tewas kepada Ching Kai Feng/ Teoh Lexuan 2-3 (11-5, 11-7, 3-11, 10-11, 6-11).

Apapun, KB Bandar Maharani kembali bangkit dalam kategori perseorangan perempuan selepas itu. Pemainnya, Yu Chieh menang 3-0 (11-8, 11-4, 11-8) ke atas pemain KB Serdang, Yang Yu Chi.

Anak legenda badminton negara, Fazriq Razif Sidek yang bergandingan dengan Ng Jia Jun dalam beregu lelaki berjaya melengkapkan kemenangan KB Bandar Maharani.

Mereka mengatasi Chea Cheng Xiang/ Teh Zi Yi 3-0 (11-9, 11-9, 11-6) untuk membantu KB Bandar Maharani mengutip kemenangan pertama dalam JPL 2017.

Pengurus pasukan KB Bandar Maharani, Yap Kim Heng mengakui anak buahnya beraksi dengan luar biasa dalam perlawanan pertama mereka.

“Saya sangat berpuas hati dengan kemenangan tadi. Tapi saya terkejut kerana mereka berjaya mencatatkan kemenangan yang besar 14-3 mengatasi pihak lawan walaupun baru beraksi dalam perlawanan pertama hari ini.

“Saya nampak kombinasi beregu dan perseorangan mempunyai kelebihan tersendiri, jadi di situ saya akan cuba perbaiki apa yang boleh untuk memantapkan lagi pasukan.
 
Perjalanan JPL juga masih jauh, untuk sekarang saya sasarkan kedudukan lima terbaik untuk KB Bandar Maharani,” katanya selepas perlawanan.

Sementara dalam saingan Divisyen 2, KB Subang sedang mendominasi carta selepas melalui dua perlawanan setakat ini. 

Pada sebelah pagi, mereka menang 15-2 mengatasi KB Bangsar Hawks sebelum mencatatkan satu lagi kemenangan di sebelah petang dengan menewaskan KB Bukit Cheras 9-8.

Saingan JPL 2017 akan bersambung esok di lokasi sama, Sports Arena Puchong bermula seawal pukul 9 pagi hingga ke sebelah petang melibatkan kedua-dua divisyen.

KEPUTUSAN PENUH

DIVISYEN 2
(9am) KB Bukit Gambir     11-8    KB Desa Petaling Eagles 
    KB Bukit Cheras     13-6    KB Georgetown 
    KB Bangsar Hawks       2-15    KB Subang 
    KB Ayer Itam         10-8    KB Tebrau City 

DIVISYEN 1
(12pm)     KB Petaling         12-6    Petaling Jaya 
     KB Kepong            9-9    Puchong United 
     KB Cheras                  13-4    KB Rawang 
     KB Bandar Maharani     14-3    KB Serdang 

DIVISYEN 2
(3pm)    KB Amanjaya         10-11    KB Ayer Itam 
    KB Bukit Gambir     6-10    KB Georgetown 
    KB Bukit Cheras     8-9    KB Subang 
    KB Bangsar Hawks     5-15    KB Tebrau City 

Jadual JPL 2017 (ESOK, 17 SEPTEMBER 2017)
Lokasi: Sports Arena Puchong


(Divisyen 1, 9am)       
KB Ampang Jaya  lwn KB Bandar Maharani 
KB Petaling lwn KB Puchong United 
KBKepong lwn KB Rawang 
KB Cheras lwn KB Serdang 

(Divisyen 2, 12pm)     
KB Amanjaya lwn KB Bangsar Hawks 
KB Desa Petaling Eagles lwn KB Georgetown 
KB Bukit Gambir lwn KB Subang 
KB Bukit Cheras lwn KB Tebrau City 

(Divisyen 1, 3pm)
KB Ampang Jaya BC lwn KB Cheras 
KB Petaling Jaya lwn KB Puchong United 
KB Petaling lwn KB Rawang 
KB Kepong vs KB Serdang JH
 

Advertisement

Must Watch Video