Skip to main content

Badminton

Justin Hoh hampir gantung raket dua tahun lalu!

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

ustin.jpg
Pemain muda badminton negara, Justin Hoh, pernah berada di puncak prestasi awal tahun 2023 apabila mara ke separuh akhir Terbuka Estonia International dan menjuarai kejohanan Iran Fajr serta Uganda International Challenge. 

Namun, malangnya, segalanya berubah bila dia mengalami kecederaan tendon Achilles pada April yang merupakan satu kecederaan yang hampir menamatkan kariernya.

“Waktu tu saya sedih sangat, saya ingat saya takkan dapat main lagi,” kata Hoh yang ketika itu baru berusia 19 tahun. 

Kecederaan Achilles memang terkenal sebagai antara yang paling susah untuk pulih sepenuhnya. Namun, Justin tidak mudah patah semangat.

Dia banyakmengambil inspirasi daripad kisah pemain Amerika Syarikat, Beiwen Zhang, yang turut pulih daripada kecederaan sama dan berjaya kembali bertanding selepas sembilan bulan tempoh pemulihan dan berehat panjang.

Walaupun tempoh pemulihan sangat mencabar – enam minggu tidak boleh berjalan, mandi dan tidur juga pakai 'boot' khas – Justin tetap tabah. 

Kawan-kawan, keluarga dan pasukan pemulihannya jadi tulang belakang semangat dia.

Tujuh bulan selepas kecederaan, Justin kembali ke gelanggang di Syed Modi International 2023. 

Tahun berikutnya, dia mula mengumpul kejuaraan lagi – apabila merangkul kemenangan di Slovenia, Northern Marianas dan Dove Saipan.

Kini, dua tahun selepas tragedi itu, Justin bakal menggalas tanggungjawab besar membawa nama Malaysia dalam saingan Piala Sudirman 2025 di Xiamen, China bagi menggantikan pemain utama yang masih terpalit masalah cedera iaitu Lee Zii Jia. 

Semangat juangnya memang patut menjadi inspirasi ramai.

Ini pesan Justin: “Sabar, jangan terburu-buru. Nikmati setiap perkembangan kecil. Sokongan orang sekeliling sangat penting. Saya boleh kembali lebih kuat." tambahnya.

Advertisement

Must Watch Video