Skip to main content

Badminton

Justin Hoh fokus pemulihan tumit kiri

justin-hoh.jpg
Setelah putus tendon achilles di kaki kirinya, perseorangan lelaki negara, Justin Hoh, sudah kembali ke gelanggang.

Walaupun belum secara intensif, juara Cabaran Antarabangsa Uganda 2023 itu tidak mahu terburu-buru untuk beraksi sebaliknya hanya ingin fokus menjalani program pemulihan.

Malah, Justin masih mampu berkongsi perkembangan positif apabila dia yang pada awalnya dijangka mengambil masa sekurang-kurangnya setahun untuk kembali dalam kejohanan berkemungkinan boleh beraksi hujung tahun ini. 

"Saya sedang menjalani pemulihan dan latihan pada pagi dan petang tetapi bukan secara intensif. 

"Saya sasar untuk mengembalikan rentak terlebih dahulu," katanya di Nadi Arena sebentar tadi. 

Advertisement

Must Watch Video