Skip to main content

Badminton

Jin Wei buru kelompok 10 terbaik dunia

jinwei.jpg
Pemburuan menempatkan diri dalam kelompok 10 terbaik dunia bermula untuk peseorangan wanita, Goh Jin Wei, yang akan membuka tirai kalendar 2019 dengan berentap dalam Masters Malaysia bermula Selasa ini.

Jin Wei diletakkan sasaran untuk mencapai misi itu dalam tempoh dua tahun akan datang menjelang Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Dia yang kini berada di tangga ke-27 dunia, meletakkan pendekatan satu demi satu, dengan menyasarkan untuk memecahkan tembok kelompok 20 terbaik terlebih dahulu menjelang penghujung tahun ini.

Dalam masa sama, untuk tahun keduanya dalam skuad senior kebangsaan, Jin Wei mengharapkan perjalanannya dalam kejohanan bertaraf Jelajah Dunia Super tidak sekadar berakhir dalam pusingan pertama dan kedua.

"Saya berharap dapat memenangi lebih banyak perlawanan sementara melepasi pusingan pertama dan kedua dalam setiap kejohanan," katanya.

Mengakui dia lebih matang setelah mengharungi pelbagai pengalaman pada 2018, Jin Wei sudah bersedia untuk mencabar barisan pemain ternama dunia dalam perseorangan wanita.

Dia perlu bekerja keras untuk membuktikan itu bukan omong kosong apabila bakal berentap dengan pilihan ketiga Masters Malaysia, Akane Yamaguchi dari Jepun, yang sebelum ini sudah pun mempunyai rekod pertemuan lima kemenangan berturut-turut ke atas Jin Wei. 

"Saya enggan memikirkan mengenai ranking dan lebih mengutamakan bagaimana untuk mengatasi lawan saya sementara memperbaiki permainan saya."
 

Advertisement

Must Watch Video