Timbalan Menteri Belia Dan Sukan (KBS), Adam Adli, mengakui pihak kerajaan sedang mengikuti rapat perkembangan semasa olimpian badminton itu, merujuk kepada hantaran gambar 'dark art' di media sosial miliknya baru-baru ini.
Keadaan itu sudah pasti menjurus kearah kerisauan diatas kesihatan mental Zii Jia sendiri dan pihak KBS terbuka untuk membantu dalam masa yang sama mahu dapatkan ruang selesa terlebih dahulu.
"Jika dia berada dalam situasi yang memerlukan bantuan dan perlukan sokongan kami sangat bersedia untuk membantu cuma kami tidak akan menganggu untuk memberikan ruang hingga di bersedia untuk berkongsi.
"Kami telah menghubungi orang sekitarnya, cuma kenyataan sebelum dikhabarkan dalam keadaan baik cuma kami sedang mengikuti rapat perkembangan dia," katanya.
Adam ditemui ketika menyempurnakan Majlis Praperasmian Hari Sukan Negara 2025 dan Prapelancaran KBS Masters Games 2025 semalam.
HSN 2025 akan disambut selama tiga hari bermula 10 Oktober nanti, ada kelainan dengan menjadikan Ipoh, Perak sebagai lokasi sambutan di peringkat kebangsaan.
"Kita percaya sambutan di luar bandar sangat menarik berdasarkan pengalaman sebelum ini, kita berharap apabila membawa sambutan peringkat kebangsaan akan menarik lebih ramai lagi (penyertaan)." tambahnya.