Skip to main content

Badminton

Jelajah Dunia Akhir BWF: Laluan berliku menanti Aaron-Wooi Yik, Tang Jie-Ee Wei di Hangzhou

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

2457778.jpg
Laluan berliku menanti dua beregu negara apabila menyingkap tirai kumpulan Kejuaraan Jelajah Dunia Akhir Persekutuan Badminton Dunia (BWF) 2023 di Hangzhou, China bermula Rabu hingga Ahad ini.

Beregu lelaki negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik diundi dalam Kumpulan A bersama dua gandingan dari China melibatkan ranking pertama dunia, Liang Wei Keng-Wang Chang dan Liu Yu Chen-Ou Xuan Yi selain wakil Jepun, Takuro Hoki-Yugo Kobayashi.

Saingan beregu campuran pula juara Terbuka Taiwan 2023, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei diundi dalam kumpulan A bersama pemenang gangsa Kejohanan Dunia 2023, Yuta Watanabe-Arisa Higashino dari Jepun yang juga merupakan gandingan ranking kedua dunia.

Turut diundi dalam kumpulan itu ialah pasangan keempat dunia dari China, Feng Yan Zhe-Huang Dong Ping yang merangkul tujuh gelaran juara musim ini selain gandingan Thailand, Dechapol Puavaranukroh- Sapsiree Taerattanachai.

Berdasarkan format kejohanan yang menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan AS$2.5 juta (RM11.70 juta) itu hanya dua pasangan teratas setiap kumpulan layak ke separuh akhir.

Malaysia tidak mempunyai wakil dalam kategori perseorangan lelaki dan wanita serta beregu wanita pada kejohanan penutup musim itu selepas pemain negara gagal berada dalam kelompok lapan terbaik dalam 'Race to BWF World Tour Finals 2023'.-Sinar Harian


 

Advertisement

Must Watch Video