Dunia badminton Malaysia kecoh sepanjang minggu ini apabila bintang perseorangan negara, Lee Zii Jia memuat naik perkongsian di media sosial peribadinya seni lukisan 'dark art' yang mengundang tanda tanya.
Meskipun Team Lee Zii Jia sudah memaklumkan kepada Majlis Sukan Negara (MSN) bahawa pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik pParis itu dalam keadaan yang baik, sekaligus menepis dakwaan Zii Jia sedang berdepan masalah kemurungan atau tekanan memuncak.
Menambah kegusaran peminat sukan negara apabila Zii Jia menarik diri daripada Terbuka Jepun dan kronologi terbaru ini menambah keterujaan peminat, adakah Zii Jia memerlukan rawatan.
Apa yang pasti, Institut Sukan Negara (ISN) sentiasa terbuka untuk memberikan rawatan terbaik andai Zii Jia benar-benar memerlukannya.
Dan jika benar, Ketua Pegawai Eksekutif ISN, Dr. Vellapandian Ponnusamy merupakan individu paling tepat untuk membantu Zii Jia memandangkan beliau memiliki kepakaran dalam psikologi sukan.