Skip to main content
ligasuper

Jom Undi Gol Terbaik Liga Super Sekarang!

Badminton

Ini senarai penuh pemain negara ke Piala Sudirman

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

sudirman-cup-line-up.jpg
Skuad badminton negara akan memulakan saingan Piala Sudirman di Xiamen, China bermula 17 April ini.

Malaysia dijangka akan meloloskan diri ke suku akhir selepas diundi bersama Australia, Perancis dan Jepun dalam saingan Kumpulan C.

Dua perseorangan lelaki terpilih untuk ke kejohanan itu, iaitu Leong Jun Hao dan Justin Hoh, memandangkan perseorangan utama, Lee Zii Jia, masih belum pulih sepenuhnya daripada kecederaan buku lali.

Dalam pada itu, sektor perseorangan wanita pula akan diisi Goh Jin Wei dan K. Letshanaa.

Juara Asia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, akan mengetuai cabaran beregu lelaki di samping Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani dan Man Wei Chong-Tee Kai Wun.

Empat pemain terpilih mengisi cabaran beregu wanita, iaitu Pearly Tan, M. Thinaah, Go Pei Kee dan Carmin Ting.

Bagi beregu wanita pula, Goh Soon Huat, Shevon Lai, Chen Tang Jie, Toh Ee Wei, Hoo Pang Ron dan Cheng Su Yin terpilih dalam senarai berkenaan.

 

Advertisement

Must Watch Video