Skip to main content

Badminton

Ia keputusan paling sukar, kata V Shem

goh-v-shem.jpg
Keputusan sukar atau peralihan yang mudah menjadi persoalan mengapa pasangan beregu lelaki utama negara, Goh V Shem-Tan Wee Kiong, mengambil keputusan untuk bergelar pemain profesional.

Mereka menjadi pasangan senior kedua meninggalkan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) selepas beregu campuran, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying.

Berbeza dengan Peng Soon-Liu Ying, V Shem-Wee Kiong diberikan tekanan tinggi oleh BAM disebabkan kemorosotan prestasi mendadak sejak memenangi pingat perak Sukan Olimpik 2016 di Rio, Brazil.

Adakah itu mendorong mereka untuk bergerak secara profesional bagi memburu impian beraksi dalam Sukan Olimpik Tokyo 2020?

"Sejak menceburi sukan badminton, ini merupakan keputusan paling sukar yang pernah saya lakukan.

"Saya sudah bersama badan induk itu sejak 16 tahun lalu.

"Saya dan Wee Kiong bukan lagi pemain muda dan perlu melakukan sesuatu memandangkan BAM ketika ini ingin menumpukan kepada pembangunan pemain muda.

"Kami tidak mahu merosakkan usaha itu dan menerima keputusan yang telah dilakukan," kata V Shem lagi.

Advertisement

Must Watch Video