Skip to main content

Badminton

Hye Jeong-Hee Yong juarai Masters Indonesia tundukkan Pearly-Thinaah

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

pearl-tan-m-thinaah2.jpg
Beregu wanita Korea Selatan, Kim Hye Jeong-Kong Hee Yong, menghantui Pearly Tan-M. Thinaah untuk minggu kedua berturut-turut apabila mengungguli Kejohanan Badminton Masters Indonesia 2025, sebentar tadi. 

Pertemuan di antara beregu ketujuh dan 29 dunia itu menghadirkan satu pertemuan rancak di Istora Senayan yang berlanjutan kepada tiga set. 

Dua aksi awal menceritakan senario berbeza dalam pertarungan itu dengan set pertama dikuasai finalis Terbuka India 2025 tersebut dengan keputusan 21-12.

Pearly-Thinaah kemudian menjelmakan prestasi hebat 21-17 untuk mengheret pertemuan itu ke set penentuan. 

Bagaimanapun, Hye Jeong-Hee Yong berhasil mempertahankan kelebihan tipis mereka dalam set getir itu walaupun sentiasa dihambat oleh gandingan negara menerusi kemenangan  21-18.

Vivian Hoo-Woon Khei Wei muncul wakil wanita negara tunggal yang memenangi gelaran Masters Indonesia pada 2011.

Advertisement

Must Watch Video