Jurulatih beregu lelaki negara, Herry Iman Pierngadi, berharap Aaron Chia-Soh Wooi Yik mampu merampas kedudukan beregu ranking pertama dunia daripada Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani menjelang Kejohanan Dunia yang akan diadakan di Paris, Ogos ini.
Aaron-Wooi Yik kini menghuni ranking kedua dunia dan mempunyai tempoh lebih kurang sebulan untuk proses pemulihan dan kembali segar untuk menghadapi Terbuka Jepun dan Terbuka China bulan depan.
Jelasnya, adalah penting buat gandingan tersebut memastikan mereka terus berada di tahap terbaik untuk mendapat undian lebih baik.
"Kami sudah mempunyai perancangan (untuk memburu ranking) tapi kalau nombor satu lebih baik lagi.
"Kami lebih fokus kepada persiapan tapi kenapa tidak nombor satu.
"Ia jauh lebih baik kerana pengaruhnya untuk undian setiap kejohanan," katanya di Akademi Badminton Malaysia (ABM), Bukit Kiara.
Bagi merealisasikan hasrat tersebut, Herry menegaskan beregu lelaki negara di bawah kendaliannya akan diberi makanan tambahan untuk membantu mereka agar terus konsisten serta mengurangkan risiko kecederaan.
"Keadaan setiap pemain tidak sama," katanya lagi.