Ketua jurulatih beregu lelaki negara, Herry Iman Pierngadi, mengakui prestasi gandingan nombor satu negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik merudum selepas aksi Kejohanan Dunia BWF hujung bulan lalu.
Jadual kejohanan disertai yang padat dilihat menjadi faktor penurunan tersebut, gara-gara tidak mendapat rehat dan tempoh latihan yang cukup.
Namun, terdapat perubahan positif dalam tempoh dua hari latihan terkini selepas mereka pulang dari Masters China.
"Selepas tamat Kejohanan Dunia, kita mengakui prestasi Aaron-Wooi Yik merudum atas faktor kekurangan waktu rehat," katanya.
Mengulas lanjut mengenai sasaran ranking dunia buat keempat-empat gandingan lelaki negara sehingga penghujung tahun ini, tiada kerisauan buat Aaron-Wooi Yik yang kini berada di tangga kedua dunia, selain gandingan Man Wei Chong-Tee Kai Wun yang masih konsisten di kedudukan 10 teratas.
Manakala, dua lagi beregu lelaki negara Arif Junaidi-Yap Roy King dan Muhammad Haikal Nazri-Choong Hon Jian perlu lebih kerja keras untuk menghampiri sasaran yang diletakkan.
"Saya berharap lebih banyak beregu negara dalam kelompok 10 terbaik, itu adalah sasaran bagi Man-Tee sementara Arif-Roy King serta Haikal-Hon Jian mampu memasuki kelompok 20 terbaik."