Skip to main content

Badminton

Masters China: Aaron-Wooi Yik sekali lagi tumpas di tangan gandingan India

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

aaron-wooi-yik.jpg
Beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, sekali lagi tumpas di tangan beregu India, Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty, dalam separuh akhir Kejohanan Badminton Masters China di Shenzen Arena sebentar tadi.

Lawan di ranking ketujuh dunia itu menyingkirkan Aaron dan Wooi Yik dalam suku akhir Kejohanan Dunia BWF hujung bulan lalu dan kali ini, mereka sekali lagi memberikan kesukaran buat gandingan nombor dua dunia berkenaan.

Aaron dan Wooi Yik pada awalnya mampu menguasai permainan dalam fasa awal set pertama tetapi selepas kedudukan terikat 13-13, mereka mula berdepan kesukaran, terutama untuk mengekang servis kencang Rankireddy, sekali gus tewas 17-21.

Dalam set kedua pula, gandingan negara itu tidak pernah dapat memintas lawan sejak mata pertama untuk akur tersingkir dengan kekalahan 14-21 selepas secara keseluruhan bertarung selama 41 minit.
 
Badminton

Raket Kegemaran Ramai

Raket dengan kawalan tepat dan kuasa padu, bantu naikkan level permainan.


Cuba Raket Ini

Advertisement

Must Watch Video