Susulan kejayaan memberangsangkan kem badminton negara di Masters Malaysia 2025, Menteri Belia Dan Sukan, Hannah Yeoh, berharap presiden baru Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Seri Tengku Zafrul, dapat mainkan peranan dalam mengelak pemain utama negara keluar daripada kem kebangsaan.
Hannah berpendapat ia merupakan satu kerugian besar buat atlet jika memilih jalan itu..
"Itu sebab saya minta Presiden BAM yang baru untuk bantu melihat ekosistem untuk pastikan mereka tinggal dalam BAM dan bantuan kerajaan sampai kepada mereka.
"Pelbagai bentuk sokongan pihak Kerajaan beri menerusi BAM," katanya.
Sementara itu, kejayaan dua pasangan beregu lelaki negara menghiasi pentas akhir kejohanan yang menjadi impian besar Hannah untuk melihat prestasi sama di temasya Sukan Olimpik nanti.
Dengan bantuan Program Road To Gold (RTG) dan jurulatih baru, harapan Hannah agar kem beregu lelaki mampu mencipta lebih banyak kejayaan di masa akan datang.
agar
"Untuk BAM, kita tahu dalam Program Pembangunan Bakat Majlis Sukan Negara untuk tahun ini memang bajet yang kita sediakan agar kita tidak kekurangan bakat.
"Nanti pergi Sukan Olimpik, kita harap kedua-dua final adalah pasukan Malaysia." tambahnya.