Skip to main content

Badminton

Gejala judi dalam skuad kebangsaan bukan perkara baru -- Jack

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

jack-koh.jpg
Skuad badminton negara berdepan cabaran di luar gelanggang apabila terdepat pendedahan bahawa ada pemain kebangsaan yang berkemungkinan terlibat dengan gejala perjudian.

Pendedahan itu dibuat bekas naib juara Kejohanan Remaja Dunia dan Ketua Pegawai Eksekutif Purple League, Datuk Jack Koh.

Dia yang meninggalkan kem kebangsaan pada 2006, mendakwa tabiat buruk itu sudah menjadi satu kebiasaan dalam skuad kebangsaan.

Perkembangan terbaru itu pasti membimbangkan buat sukan badminton negara yang sudah terpalit dengan pelbagai kontroversi sebelum ini.

"Sejujurnya, perkara ini sudah berlarutan sejak sekian lama.

"Kami juga telah membangkitkannya kepada pihak yang berkenaan.

"Anda dapat saksikan sekarang, teknologi sudah berkembang maju, telefon pintar sudah berkembang maju.

"Jika mereka menggunakan Youtube untuk mengkaji permainan pemain lain, ia sesuatu yang bagus.

"Jika mereka melakukan sesuatu yang baik untuk mereka, mereka akan berkembang.

"Namun, kebanyakan masa, mereka akan pergi ke haluan yang berbeza seperti aktiviti yang tidak sihat," katanya.

Sementara itu, Presiden Persatuan Badminton Malaysia, Datuk Seri Norza Zakaria, dalam respons segeranya berkata pihak persatuan itu akan mengeluarkan satu kenyataan rasmi dalam masa terdekat.

"Saya baru melihat laporan itu dan kami akan mengeluarkan satu kenyataan berkenaan isu ini.

"Kerana saya perlu merujuk kepada Jawatankuasa Undang-Undang dan Disiplin kami untuk melihat apa status perkara-perkara seperti ini," katanya.

Advertisement

Must Watch Video