Skip to main content

Badminton

Final Jelajah Dunia BWF: Satu slot final pasti milik Malaysia, FeiDin bertemu wakil Indonesia

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

badminton-malaysia.jpg
Dua wakil beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei bakal bertemu Goh Soon Huat-Shevon Lai, dalam aksi separuh akhir Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Finals di China esok bagi merebut satu slot ke perlawanan akhir.

Dua beregu campuran negara itu berada dalam Kumpulan B dan masing-masing menamatkan saingan selaku juara dan naib juara kumpulan. 

Menerusi proses undian perlawanan separuh akhir, mereka bakal berentap bagi merebut slot ke aksi final yang berlangsung pada Ahad. 
 

Sementara itu, sensasi Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani terus mekar apabila mereka membawa cabaran ke separuh akhir dengan mengatasi juara berganda Sukan Olimpik Tokyo dan Paris, Lee Yang, Wang Chilin dalam aksi terakhir peringkat kumpulan hari ini. 

Mereka bakal bertemu gandingan Indonesia, Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto dalam misi memburu slot ke final.

 

Advertisement

Must Watch Video