Skip to main content

Badminton

Final Jelajah Dunia: Aaron Chia-Soh Wooi Yik sah buat penampilan kelima

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

aaron-chia-soh-wooi-yik.jpg
Beregu negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, menempah tiket ke Final Jelajah Dunia BWF yang bermula di Hangzhou, China, 11 Disember depan. 

Aaron-Wooi Yik terlepas untuk mengesahkan tempat lebih awal berikutan terkandas dalam suku akhir Masters China kepada wakil tuan rumah, He Ji Ting-Ren Xiang Yu, malam tadi, namun pencabar terdekat, Takuro Hoki-Yugo Kobayashi, turut tersungkur sekali gus gagal menggugat kedudukan gandingan kebangsaan itu. 

BWF dalam ciapan di laman X sebentar tadi mengesahkan Aaron-Wooi Yik dan beregu Indonesia, Sabar Karyaman Gutama-Moh Reza Pahlevi Isfahani, melengkapkan senarai lapan beregu yang akan beraksi dalam pusingan akhir kelak. 




Aaron-Wooi Yik yang akan membuat penampilan kelima kejohanan itu akan mengiringi rakan senegara di bahagian profesional, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, 

Malaysia akan mempertaruhkan enam wakil termasuk beregu campuran, Cheng Tang Jie-Toh Ee Wei dan Goh Soon Huat-Shevon Lai, sementara Pearly Tan-M Thinaah, akan bersaing  dalam beregu wanita dan perseorangan profesional, Lee Zii Jia.

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video