Skip to main content

Badminton

Final Jelajah Dunia: Aaron Chia-Soh Wooi Yik optimis kempen di Hangzhou

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

aaron-chia.jpg
Kurang dua minggu lagi sebelum bermulanya Final Jelajah Dunia BWF 2024 di Hangzhou, China, dengan Malaysia sah menghantar wakil dalam semua kategori kecuali perseorangan wanita dan tumpuan terarah kepada beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, yang layak pada saat-saat akhir. 

Aaron menyifatkan perjuangan mereka masih belum selesai dan berjanji akan curahkan segalanya, bermula 11 Disember depan. 

"Kami akan berikan (aksi) terbaik. 




"Undian belum lagi keluar tapi kami harap dapat melepasi peringkat kumpulan. Kali ini kami mempunyai peluang tapi gandingan lagi juga kuat.

"Walaupun tiga beregu terbaik tiada tapi yang lain masih lagi kuat," kata Aaron yang ditemui dalam Majlis Tandatangan Pembaharuan Perjanjian Rakan Kongsi di antara Persatuan Badminton Malaysia (BAM) bersama Kumpulan Affin yang dilanjutkan selama tiga tahun lagi.

Majlis hari ini juga menyaksikan barisan olimpian negara turun beramah mesra bersama peminat.

 

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video