Final Allianz Junior Badminton Championship 2025 Sirkit Perak menyaksikan gelaran juara kategori perseorangan lelaki B-15 menjadi milik Darwin Yeong yang menewaskan H'ng Tze Hoong dalam aksi straight set.
Ketenangan menguasai gelanggang menyaksikan Darwin memenangi set pertama dengan keputusan 21-11.
Konsistensi perseorangan kelahiran Perak itu diteruskan lagi dalam set kedua untuk dia menoktahkan kemenangan -- juga dengan keputusan 21-11.
Kemenangan ini membolehkan Darwin mengesahkan slot untuk beraksi dalam saingan grand final yang dijadualkan berlangsung di Kuala Lumpur, November depan.
"Pada awalnya ada sedikit gerun selepas memantau aksinya di peringkat sebelumnya dan dalam acara beregu lelaki.
"Tetapi apabila sampai ke perlawanan akhir, dia menanggung sedikit kecederaan jadi memudahkan kemenangan saya.
"Sebelum ini saya terkandas dalam suku akhir tapi selepas berlatih bersungguh-sungguh, saya ingin hadiahkan kemenangan ini untuk ibu bapa," katanya.
Sementara itu, bagi kategori beregu perempuan B-15, Low Hui Yein-Yong Hui Teng muncul juara selepas mengatasi cabaran Chai Siao King-Chang Zhi King 21-7, 21-10.
Meskipun menang, Hui Yen-Hui Teng mengakui masih banyak kelemahan yang perlu diperbaiki terutama dalam aspek stamina sebelum melangkah ke pentas grand final penghujung tahun ini.
Menariknya, Hui Yein turut mengungguli kategori perseorangan B-15 selepas mengatasi Ho Wen Jie 22-20, 21-10.
"Pihak lawan sangat handal tapi kami tidak mudah putus asa.
"Di sini kami mungkin menang lebih mudah tapi di luar sana saingan bertambah sukar.
"Jadi kami perlu terus tingkatkan prestasi dan tukar corak permainan," kata Hui Yein.