Skip to main content

Badminton

Era dominasi The Minions dalam badminton berakhir

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

fernaldi-gedeon.jpg
Pemain badminton Indonesia, Marcus Fernaldi Gideon, secara rasmi mengumumkan persaraannya daripada dunia badminton profesional pada usia 33 tahun melalui laman sosial miliknya, semalam.

Jaguh badminton itu sebelum ini bersama pasangan beregunya, Kevin Sanjaya Sukamuljo, pernah menjadi mimpi ngeri buat kem beregu badminton Malaysia kerana merupakan lawan yang sukar dijinakkan.


 

Seteru utamanya ketika itu merupakan pasangan beregu negara, Goh v Shem - Tan Wee Kiong, kerana dalam setiap pertembungan pasti akan menjadi penuh dramatik dan melibatkan perang psikologi.


Dia dan pasangan beregunya itu berjaya mempertahankan gelaran nombor satu dunia selama enam tahun berturut-turut selain pernah menjuarai edisi Piala Thomas 2020 di Aarhus, Denmark.

Advertisement

Must Watch Video