Skip to main content

Badminton

Di mana ada kejohanan badminton, di situ ada Ahjo!

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

ah-jo-badminton.jpg
Siapa saja yang tak mengenali Ahjo, peminat tegar badminton tanah air yang sentiasa memberi sokongan padu kepada pemain negara ketika mereka beraksi, tidak terkecuali dalam Masters Malaysia 2025. 

Setiap kali turun ke stadium, Ahjo akan menyarung ‘signature’ jacket unik yang penuh dengan bulu tangkis berserta tengkolok yang bersalut bendera Malaysia. Ketika perlawanan separuh akhir yang dimenangi Aaron Chia/Soh Wooi Yik berdepan gandingan Denmark, ramai yang bersorak gembira meraikan kejayaan tersebut. 

Namun, reaksi berbeza ditampilkan seorang peminat tegar yang berjaya mencuit hati rakyat malaysia termasuk wartawan, Faizal Bazari, dengan semangat luar biasanya menjadi tulang belakang sehati negara hingga menitiskan air mata! 



 


“Bagi saya untuk datang ke stadium setiap kali menyokong mereka bukannya mudah, dari hari pertama lagi I fight with them. Walaupun menang atau kalah pun, kita masih akan sokong mereka, bring up the cheer supaya mereka dapat menang lebih lagi sebagai tuan rumah”. 

“Most of the time, memang saya work hard untuk menyokong mereka di stadium dengan dana sendiri. Jadi, saya harap satu hari nanti ada pihak yang nampak semangat perjuangan saya datang untuk sokong mereka dan berikan sesuatu supaya saya terus dapat menyokong mereka”. 

Perjuangan penyokong seperti Ahjo ini jelas memberi 1001 makna kepada sukan badminton itu sendiri kerana ternyata bukan sahaja pemain, tetapi penyokong juga merupakan tunjang belakang kepada sukan ini yang bersama sama memberikan sepenuh tenaga, suara, dan usaha yang terbaik bagi memastikan kejayaan Malaysia. 

 

 
 

Advertisement

Must Watch Video