Skip to main content

Badminton

Deaflympics: Beregu campuran negara bermula langkah kanan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

deaflympics-beregu-campuran.jpg
Pemenang pingat perak acara badminton beregu campuran Deaflympics 2022, Edmund Teo-Boon Wei Ying, memulakan saingan di Tokyo 2025 dengan langkah kanan apabila mengatasi handingan Korea Selatan, Jeong Jin Cheol-Park So Yi, hari ini.

Gandingan negara itu menunjukkan aksi tenang untuk mencatatkan kemenangan 21-14, 21-19 dalam aksi pembukaan itu sebagai permulaan misi membawa pulang pingat emas.

Edmund, dalam satu temu bual bersama wartawan Astro Arena, Faizal Bazari, berkata: "Saya memang memiliki semangat yang lebih bagi acara beregu campuran kerana daripada segi keyakinan, kami telah memberikan yang terbaik dengan kerjasama yang baik dengan Wei Ying."

Wei Ying menambah: "Ada beberapa negara akan memberikan cabaran yang berat seperti Korea Selatan, China dan India.

"Bagaimanapun, kami sudah melakukan persiapan untuk menghadapi apa jua halangan."
 
Badminton

Raket Power Untuk Anda

Pukulan padu dan mengancam dengan raket VICTOR.


Grab Sekarang

Advertisement

Must Watch Video