Skip to main content

Badminton

Choong Hann letak harapan kepada barisan muda

choonghann.jpg
Kehilangan pengaruh senior dalam skuad badminton kebangsaan akan dirasai tetapi hanya untuk jangka masa pendek ketika bakat muda sedang dipersiap untuk menjadi julangan peminat badminton tanah air.

Pengarah Kejurulatihan Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Wong Choong Hann, kekal tenang di sebalik keputusan Chan Peng Soon-Goh Liu Ying dan Tan Wee Kiong-Goh V Shem meninggalkan skuad kebangsaan.

Bagaimanapun, apa yang membimbangkan buat skuad beregu lelaki adalah V Shem-Wee Kiong berada di kedudukan ranking dunia yang baik untuk layak ke Sukan Olimpik Tokyo 2020 berbanding wakil muda seperti Aaron Chia-Soh Wooi Yik.

"Ketiadaan barisan pemain senior akan memberikan kesan kepada skuad negara untuk jangka masa pendek. Tetapi kami akan meneruskan program yang telah ditetapkan bersama pemain-pemain sedia ada," kata Choong Hann.

Apakah beliau yakin bakat muda seperti Aaron dan Wooi Yik berupaya memenuhi aspirasi BAM dengan memiliki olimpian muda dan berkualiti di Tokyo 2020?

"Saya sentiasa percaya jika kami berupaya mencari jalan memperbaiki kelemahan pemain-pemain, ia akan membantu mereka untuk melangkah ke hadapan."

Advertisement

Must Watch Video