BADMINTON
Bukan lagi badminton -- Lee Chong Wei tidak setuju sistem 15 mata
Legenda badminton negara, Datuk Lee Chong Wei, tidak bersetuju dengan perubahan format yang dikeluarkan oleh Perseketuan Badminton Dunia (BWF) berkenaan sistem pemarkahan terkini sukan tersebut.
Terdahulu, badan induk itu berhasrat menggunakan sistem 15 mata selepas mendapat usul sokongan dalam mesyuarat, November lalu.
Ini menyaksikan pemain harus mencapai 15 mata dalam tiga set untuk menentukan kemenangan. Perlawanan akan berehat seketika apabila pemain mendapat lapan mata.
Iklan
Bercakap mengenai aksi ujian percubaan dalam beberapa kejohanan terpilih, pemenang pingat perak tiga kali berturut-turut Sukan Olimpik itu tampil memberikan pandangan mengenai perkara itu.
“Secara peribadi, saya tidak fikir ia semudah itu untuk menggantikan format sedia ada, terutamanya apabila semua orang sudah terbiasa dengannya.
“Format sebegini mungkin memberi manfaat kepada pemain tertentu, namun saya tidak fikir ia akan menjadi permainan badminton seperti biasa lagi jika BWF melaksanakan perubahan ini," katanya kepada media tempatan.
Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) BWF 2026 akan menjadi tumpuan tatkala keputusan muktamad akan diumumkan kelak.
Must-Watch Video