Skip to main content

Badminton

BAM, MPL jalin kerjasama

bam-mpl.jpg
Hasrat Persatuan Badminton Malaysia (BAM) untuk mengukuhkan lagi sukan badminton di pentas antarabangsa kini semakin terlaksana selepas mencapai persetujuan dengan Malaysia Purple League (MPL).

BAM dan MPL akan bekerjasama dalam memastikan sukan badminton terus berkembang selepas menandatangani perjanjian itu, semalam.

Presiden BAM, Datuk Seri Norza Zakaria, menjelaskan faktor utama perjanjian itu adalah untuk membentuk pemain-pemain yang dapat membawa Malaysia ke peringkat lebih tinggi selain BAM sendiri tidak menolak pemain muda untuk dibawa masuk beraksi dalam mana-mana kejohanan.

"Ini adalah satu lagi cara untuk kami mengenal pasti bakat-bakat baru dan bagi kami, penting untuk melibatkan pihak lain dalam usaha untuk terus meningkatkan taraf sukan ini dan Purple League telah membuktikan kewibawaan mereka sebelum ini," katanya.

"Malaysia bukan negara yang besar, jadi penting buat kami untuk bekerjasama bersama pihak yang berkenaan," kata Ketua Pegawai Eksekutif MPL, Datuk Jack Koh.

"Bagi saya, setiap pasukan agak bagus dalam MPL dan jika semua pasukan mengambil tindakan sama mengetengahkan bakat muda, ia sesuatu yang bagus," kata pemain perseorangan wanita negara, Goh Jin Wei.

Advertisement

Must Watch Video