Persatuan Badminton Malaysia (BAM) memohon pertimbangan Majlis Sukan Negara (MSN) untuk mengkaji jumlah atlet persatuan itu berhubung pengkelasan barisan pemain negara dalam Sistem Bertingkat yang diperkenalkan badan induk sukan negara itu tahun ini.
Pengerusi Jawatankuasa Kejurulatihan dan Latihan (C&T) BAM, Datuk Ng Chin Chai, berkata dengan hanya seorang pemain badminton negara diletakkan dalam Peringkat Pertama, ia pastinya akan menjejaskan pemain lain yang berpotensi dalam usaha mereka memburu slot ke Sukan Olimpik Tokyo 2020.
Beliau berkata pengkelasan itu perlu diteliti semula kerana ramai pemain badminton terbaik negara diletakkan di peringkat rendah walaupun mereka berada di kedudukan tertinggi dalam ranking dunia.
“Kami percaya kriteria ditetapkan MSN adalah satu standard untuk semua jenis sukan tetapi setiap sukan harus diberi pertimbangan berbeza kerana sistem kelayakan masing-masing berlainan.
"Kami mempunyai pemain yang berada di ranking tertinggi dunia, namun diletakkan di Peringkat Ketiga dan Keempat.
“Kami berasakan perkara ini tidak betul dan akan mencadangkan kepada MSN untuk meletakkan pemain kami di peringkat tertinggi.
"Fokus kami sekarang ialah terhadap pemain berada di ranking tertinggi dunia yang akan berusaha melayakkan diri ke Sukan Olimpik,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat C&T, hari ini.
Selain hanya jaguh perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei, dikelaskan dalam Peringkat Pertama, tujuh lagi pemain badminton negara diletakkan di Peringkat Kedua, 10 pemain (Peringkat Ketiga) dan empat pemain (Peringkat Keempat).
Antara pemain terbaik negara yang diletakkan di peringkat rendah ialah juara dunia dua kali, Goh Jin Wei, yang berpotensi menyumbangkan pingat kepada Malaysia dalam Sukan Olimpik 2020.
“Sesuatu yang sukar untuk menerima Jin Wei diletakkan di Peringkat Ketiga kerana pada masa ini, banyak pihak percaya dia akan beraksi dalam Sukan Olimpik 2020.
"Tidak masuk akal dia berada di Peringkat Ketiga. Jadi, kriteria ditetapkan ini tidak sesuai dengan keperluan dalam sukan badminton,” katanya.
Sementara itu, Chin Chai berkata empat lagi pemain sudah mengemukakan surat peletakan jawatan mereka sebagai atlet sepenuh masa di bawah BAM.
“Dua pemain beregu wanita dan dua pemain beregu lelaki akan meninggalkan kami (BAM) tetapi kami tidak akan mendedahkan nama mereka buat masa ini,” katanya.
Terdahulu, pasangan beregu lelaki nombor satu negara, Goh V Shem-Tan Wee Kiong, mengambil keputusan untuk meninggalkan BAM berkuatkuasa 5 Jan lalu.
Sebelum itu, gandingan beregu campuran utama negara, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying, turut membuat keputusan meninggalkan BAM dalam usaha mencerahkan laluan mereka ke Sukan Olimpik Tokyo 2020.
-- BERNAMA