Prinsip 'no lifting' yang diterapkan Ketua jurulatih skuad beregu lelaki badminton negara, Herry Iman Pierngadi, jelas membuahkan hasil menurut Juara Asia 1992, Datuk Razif Sidek.
Selepas melihat persembahan luar biasa beregu lelaki negara yang berjaya menamatkan kemarau hampir dua dekad di Kejohanan Badminton Asia (BAC) 2025, malam tadi.
Kemasukan Herry yang turut dikenali sebagai 'Naga Api' itu turut membuka lembaran baru dalam pembentukan pemain dengan pakej pertahanan dan serangan yang jitu.
Razif turut menjelaskan bahawa ini merupakan medan terbaik bagi pasangan beregu negara itu meneruskan momentum kecemerlangan menjelang Piala Sudirman yang diadakan di Xiamen, China bermula 27 April hingga 4 Mei ini.
"Strategi mereka kali ini amat baik dan menjadi, pemain juga serasi dengan cara yang diberi daripada jurulatih negara.
"Ini amat berhasil, sekarang ini kami harapkan pemain lebih konsisten dalam mana-mana pertandingan." katanya.
Kejayaan Aaron Chia-Soh Wooi Yik di Ningbo bakal melonjak mereka ke tangga keempat ranking dunia selepas kemaskini pada 15 April.
Dalam pada itu, Goh Sze Fei dan Nur Izzuddin Rumsani bakal kekal di tangga kedua, diekori beregu dari Denmark, Kim Astrup dan Anders Rasmussen.
Manakala, satu lagi pasangan negara, Man Wei Chong dan Tee Kai Wun kekal di tangga ketujuh dunia.