Perseorangan lelaki negara, Justin Hoh, melepasi rintangan awal Kejohanan Badminton Asia (BAC) selepas mengerah keringat mengatasi Jeon Hyeok-jin di Ningbo, China, sebentar tadi.
Namun, pemain berusia 21 tahun itu tidak diberikan laluan mudah apabila mudah dijinakkan 14-21 dalam set awal. Malah, permulaan goyah dalam set kedua tidak memberi gambaran memberangsangkan apabila ketinggalan 2-6 dan 17-20.
Begitupun, kejayaan mengutip lima mata berturut-turut membolehkan Justin menutup pertarungan itu 22-20 untuk ke aksi penentuan.
Dia tidak lagi mengulangi kesilapan sama -- longlai pada awal set -- bagi menerajui permainan 6-2 dan semakin selesa untuk mengawal setiap penjuru gelanggang hingga beberapa kali memerangkap seteru dari Korea Selatan itu untuk memuktamadkan kemenangan 21-16.