BADMINTON

BAC: Ng Tze Yong berdepan ujian sulung kembali berjuang

Stadium Astro
Shaiful Shamsudin
28/03/2025
11:12 MYT
Sponsor Banner
BAC: Ng Tze Yong berdepan ujian sulung kembali berjuang
Perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong, enggan meletakkan harapan terlalu tinggi dalam Kejohanan Badminton Asia (BAC) di China yang juga merupakan penampilan pertamanya selepas berehat hampir setahun akibat daripada kecederaan belakang.
Jelasnya, fokusnya kini adalah untuk mendapatkan semula keyakinan beraksi di pentas antarabangsa selain merasai semula suasana perlawanan kompetitif.
Tugas sukar menanti pemain berusia 24 tahun itu di Ningbao apabila diundi bertemu perseorangan kelima dunia dari Thailand yang juga juara dunia 2023, Kunlavut Vitidsarn.
Untuk rekod, Tze Yong hanya sempat menyertai tiga kejohanan musim lalu sebelum terpaksa disisihkan berikutan pembedahan belakang badannya.
"Latihan OK.
"Tapi kejohanan dan latihan adalah perkara berbeza. Mungkin selepas melalui satu kejohanan, saya baru boleh rasa macam mana.
"Saya tidak pernah melalui tempoh kecederaan sebegini panjang. Yang penting saya elakkan kecederaan dan dapat keluarkan hasil latihan saya," katanya di Akademi Badminton Malaysia (ABM), Bukit Kiara.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video