Perseorangan wanita negara, K. Letshanaa, kandas dalam pusingan pertama Kejohanan Badminton Asia (BAC) apabila tewas secara set langsung kepada pemain pilihan keenam dari Jepun, Tomoka Miyazaki, di Ningbo, China sebentar tadi.
Pemain berusia 21 tahun itu bergelut sepanjang set pertama sebelum akur dengan kekalahan 15-21.
Skrip hampir sama berlaku dalam set kedua, di mana wakil negara itu tidak pernah dapat menyamakan kedudukan untuk tewas 11-21 selepas secara keseluruhan bertarung selama 34 minit.