Skip to main content

Badminton

BAC: Kalau mentaliti macam itu, baik tidak payah main -- Roslin Hashim

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

roslin-hashim.jpg
Di sebalik kemelut yang menimpa kem badminton negara dari luar gelanggang yang kian menjadi  bualan, masih ada sinar peluang dalam Kejohanan Badminton Asia (BAC) sekiranya isu tersebut berjaya diketepikan.

Bekas perseorangan lelaki nombor satu dunia, Roslin Hashim, mengakui prestasi skuad kebangsaan kini berada di tahap terumbang-ambing daripada mana-mana bahagian wakil negara.

Bagaimanapun, peluang terhidang masih mampu dimanfaatkan dengan sebaiknya seandainya skuad negara percaya dengan kemampuan tersendiri.

"Kalau bercakap tentang peluang, mana-mana kejohanan mesti ada. 

"Cuma berbalik kepada kemahuan pemain itu sendiri dan daripada segi persediaannya. 

"Kalau nak jadi juara, mereka tidak boleh bersikap sambil lewa dengan beranggapan masih ada kejohanan lagi selepas ini. 

"Kalau mentaliti macam itu, baik tidak payah main," katanya di Nadi Arena sebentar tadi. 



Dan penting bagi mereka untuk mengekalkan kekuatan mental terutama ketika berdepan cabaran getir daripada pemain di ranking lebih tinggi.

"Pastikan pemain mahu buktikan sesuatu misalnya masih relevan dalam pasukan dan masih berbisa.

"Dari tahun awal ini lagi kita masih tidak nampak keputusan (memberangsangkan) termasuk atlet senior sekalipun," katanya menjelang pusingan pertama BAC dijangka bermula esok di Ningbo, China.

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video