BADMINTON
Awas Tembok Besar China!
Perlawanan separuh akhir Kejohanan Badminton Asia menyaksikan beregu lelaki nombor dua negara iaitu Aaron Chia-Soh Wooi Yik menewaskan gandingan utama tuan rumah, Liang Wei Keng-Wang Chang, dengan kemenangan straight set 21-12, 21-14. Betul-betul penuh bergaya!
Di set kedua, gandingan itu langsung tidak ketinggalan sejak dari awal, sekali gus mengesahkan tempat ke final dengan kemenangan 21-14 selepas secara keseluruhan bertarung selama 31 minit.
Sebelum itu, mereka menumbangkan gandingan utama Indonesia, Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto dengan keputusan 21-16, 21-11 dalam pertarungan 30 minit.
Iklan
Kemenangan back-to-back ini pasti jadi tonik untuk mereka buktikan kemampuan sebenar buat tahun 2025.
Di pentas akhir BAC nanti, halangan terakhir yang menanti adalah satu lagi gandingan tuan rumah iaitu Chan Bo Yang-Liu Yi bagi menjulang kejuaraan BAC di Ningbo, China hari ini.
Aaron-Wooi Yik merupakan satu-satunya wakil negara yang tinggal, ayuh kita sama-sama doakan kejayaan mereka menembusi Tembok Besar China guys!
Must-Watch Video