Skuad badminton berpasukan wanita terlepas peluang untuk mempertahankan pingat emas Sukan Universiti ASEAN (AUG) apabila terkandas dalam perlawanan akhir, sebentar tadi.

Perlawanan akhir yang berlangsung di Pusat Konvensyen Graha Cakrawala, Universitas Negeri Malang itu menyaksikan skuad kendalian Datuk Rashid Sidek tunduk kepada Thailand, 3-0.

"Beregu kita boleh mendapat mata sebelum ini tetapi hari ini, kita nampak Thailand menunjukkan permainan lebih mantap dan kurang melakukan kesilapan," kata legenda badminton negara itu.

Sebagai rekod, Malaysia mara ke perlawanan akhir selepas menewaskan Singapura 5-0 dalam aksi terakhir liga sepusingan dan sebagai rekod juga skuad negara tumbang 1-4 ketika berdepan angkatan Gajah Perang sebelum ini.