Skip to main content

Badminton

Allianz Junior Badminton Championship: Kuching lahirkan tiga juara berganda

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

athan-yang.jpg
Peringkat separuh akhir kelayakan pusingan keempat Allianz Junior Badminton Championship 2025 di Kuching hari ini menyaksikan Athan Yang dan Brenda Jong muncul juara berganda bagi kategori B-15.

Brenda menewaskan Chloe Liew dengan keputusan straight set 21-17, 21-18 dalam kategori perseorangan perempuan B-15 dan bergandingan dengan Eunice Chong dalam acara beregu dengan menumpaskan Chloe dan Qiez Nur Marsyiella 21-11 21-16.

"Hari ini saya agak kepenatan memandangkan cuaca yang amat panas. 

"Tapi saya kuatkan mental (untuk mengharungi perlawanan)," kata Brenda. 

"Ini penyertaan ketiga saya. Tahun lalu saya layak hingga ke suku akhir pusingan akhir di Kuala Lumpur. 

"Jadi saya perlu membina tahap fizikal dan stamina," katanya. 

Sementara itu, Rosella Tania Anak Rent muncul wira bagi kategori perempuan B-13 apabila menewaskan Samantha Kong 12-21, 21-9, 21-17 dan bergandingan bersama Lydia Lau dalam kategori beregu B-13 untuk menang 21-16, 21-19 selepas mengatasi Jenelle Chee- Raisha Adelia.

"Set pertama memang teruk, tidak tahu saya bermain. 




"Saya kuatkan mental dengan mengelak daripada melakukan kesilapan dan cuba bermain rali kerana pihak lawan juga sudah letih. 

"Ini tahun terakhir saya dalam kategori B-13 dan saya mahu membanggakan ibu bapa dengan sasaran mara ke separuh akhir, " kata Rosella Tania.

Advertisement

Must Watch Video