Skip to main content

Badminton

All England Live: Pearly idam kejuaraan bersama Thinaah

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

pearly-tan.jpg
Pemain beregu wanita negara, Pearly Tan, tidak berselindung di sebalik hasratnya untuk menjuarai Kejohanan Badminton Seluruh England bersama pasangannya M. Thinaah.

Menjelang kejohanan badminton tertua itu di Birmingham pada 11 Mac ini, Pearly berharap pencapaian mereka pada awal tahun ini dapat menjadi pendorong untuk melunaskan hasrat berkenaan. 

Ini selepas mereka menamatkan Terbuka India di peringkat separuh akhir dan muncul naib juara Masters Indonesia.

Sebelum ini, mereka terkandas di peringkat suku akhir dalam tiga edisi Seluruh England, iaitu pada 2021, 2022 dan 2023.

Dan Pearly bertekad untuk memburu sejarah baru sebagai beregu wanita terbaik negara dengan pencapaian ke final selepas Chin Ee Hui dan Wong Pei Tty layak ke separuh akhir pada 2007.

"Seperti biasa sasaran saya dan Thinaah, sesiapa juga mahu menang," katanya kepada wartawan Astro Arena, Zaki Zainal.

"Saya harap kami dapat bermain tanpa sebarang sesalan dan harap kami dapat memberikan yang terbaik dalam kesemua perlawanan. 

"Kami harap dapat membuatkan semua orang bangga tanpa mengira kami menang atau kalah."

 

Advertisement

Must Watch Video