Beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, berkongsikan kerap melakukan 'unforced error' sebagai punca utama mereka ditunjukkan jalan keluar oleh lawan dari Denmark, Frederik Sogaard-Rasmus Kjaer, dalam pusingan pertama Kejohanan Badminton Seluruh England 2025, awal pagi tadi.
Wakil negara di ranking nombor lima dunia itu tewas dalam perlawanan sengit menerusi aksi rubber set, 16-21,21-16,18-21, yang berlangsung di Birmingham itu.
Sogaard yang cemerlang dijaring, manakala Kjaer memberikan tekanan dari belakang gelanggang, menyukarkan pertahanan Aaron Chia-Soh Wooi Yik dalam set pertama.
Situasi sama tampak berlaku di set kedua, namun pengalaman Chia Soh sebagai finalis edisi lalu untuk mempamerkan kebangkitan sangat menjadi dan akhirnya mereka berjaya merampas set ini.
"Perlu berlatih lagi, mereka (beraksi) lebih baik hari ini. Kami banyak melakukan 'unforced error'. Itu antara punca kami tewas." kata Aaron Chia.
Dalam set penentuan set penentuan walaupun pasangan Denmark itu hampir kehilangan kelebihan apabila Aaron-Wooi Yik merapatkan jurang dalam set ketiga, tetapi Kjaer-Sogaard kembali tenang untuk memastikan kemenangan mutlak buat mereka.
Cabaran Aaron-Wooi Yik dalam kejohanan itu untuk meleburkan rekod 18 tahun negara untuk meraih kilauan pingat dalam sektor beregu lelaki berakhir.

RESULTS: #AllEngland2025
— BAM (@BA_Malaysia) March 11, 2025
MD | R32
#DEN?? R Kjær-F Søgaard def.#MAS?? Aaron Chia-Soh Wooi Yik 21-16 16-21 21-18
⏱️1h 04 m#BadmintonMalaysia pic.twitter.com/ygc6Srm67P