Skip to main content

Badminton

All England Live: Jun Hao ucap selamat tinggal kepada bumi Birmingham

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

junhao.jpg
Debut pemain perseorangan lelaki negara, Leong Jun Hao, tidak kesampaian untuk memikul cabaran negara apabila kandas di pusingan pertama Kejohanan Badminton Seluruh England kepada wakil Indonesia, Jonatan Christie, di Birmingham sebentar tadi. 

Pilihan ketiga kejohanan itu terlebih dahulu mendahului permainan dengan menumpaskan anak didik Kennenth Jonassen itu dengan kemenangan set pertama 21-11 dalam tempoh 17 minit. 

Sebanyak perbezaan 10 mata menunjukkan jurang kualiti perseorangan tunggal Indonesia tersebut menyukarkan Jun Hao mencari peluang terhidang.

 

Pemain di ranking kedua dunia itu sekali lagi berada di depan 14-6 selepas menggunakan kesempatan terhidang untuk terus melebarkan penguasaan gelanggang.

Perjalanan perseorangan kedua negara akhirnya terhenti tatkala disekat Jonatan Christie yang berjaya melayakkan diri ke pusingan seterusnya dengan keputusan straight set 11-21, 19-21. 

Advertisement

Must Watch Video