Gandingan sensasi negara, Goh Sze Fei dan Nur Izzuddin hanya memerlukan kemaraan ke pusingan akhir All England 2025 untuk menghuni tangga teratas ranking dunia BWF.
DinFei kini berada di kedudukan ke-2 dunia dengan 91,876 mata berada rapat di belakang gandingan gergasi Denmark, Kim Astrup/Anders Skaarup Rasmussen. Oleh kerana gandingan Denmark itu telah pun tertewas di tangan wakil Indonesia, Shohibul Fikri/Daniel Marthin pada peringkat pertama, DinFei kini hanya perlu fokus untuk mara ke final demi mencantas kedudukan gandingan Denmark itu.
Juara Terbuka India itu bakal bertemu gandingan Korea Selatan (Ranking ke-9), Kim Won Ho/Seo Seung Jae di pusingan 16 terbaik untuk mengesahkan slot ke suku akhir selepas raih kemenangan ke atas wakil Korea Selatan juga di peringkat pertama semalam dalam aksi 'straight set'.
Anda boleh saksikan perlawanan ini pada pukul 11.50 malam secara langsung di saluran Astro Arena 802 dan 816 ataupun di Sooka.

? New World #1 to be decided at #AllEnglandOpen2025! ?
— Statminton (@Statminton) March 12, 2025
Goh Sze Fei/Nur Izzuddin ?? will rise to the top of the men's doubles rankings if they reach the final!
Achieving this milestone, they will become Malaysia’s first World #1 pair in men's doubles since Goh V Shem/Tan Wee… pic.twitter.com/qzjGhX5pXm