BADMINTON

All England Live: Apa sebab Koo Kien Keat sanggup terima tawaran latih England?

Stadium Astro
Muzaffar Musa
03/03/2025
10:54 MYT
Sponsor Banner
All England Live: Apa sebab Koo Kien Keat sanggup terima tawaran latih England?
Bekas pemain beregu lelaki nombor satu dunia, Koo Kien Keat, sah membantu skuad kebangsaan England menjelang Kejohanan Badminton Seluruh England di Birmingham bermula minggu depan.
Pengendali berusia 39 tahun itu bertindak sebagai jurulatih jemputan selama sebulan dan akan bekerjasama rapat dengan jurulatih tersohor negara itu, Nathan Robertson.
Jika ada yang tertanya-tanya mengapa Kien Keat sanggup menerima tawaran itu, ini jawapannya ketika ditemu bual wartawan Astro Arena, Zaki Zainal.
"Sebenarnya saya baru dapat tawaran itu tidak sampai dua minggu lalu. Saya rasa pasukan England ketika ini sedang melakukan penstrukturan semula.
"Saya dipanggil untuk menjadi jurulatih jemputan dalam tempoh sebulan ini, mereka berharap saya dapat memberikan lebih input kepada pemain mereka.
"Matlamat mereka adalah untuk mendapatkan perkongsian pengalaman.
"Saya fikir sudah sampai masa untuk saya memulangkan semula pengetahuan badminton saya kepada komuniti badminton tanpa mengira negara mana.
"Bagi saya, pengetahuan saya adalah untuk semua orang, bukan hanya untuk Malaysia.
"Saya tidak mahu menjadikan wang sebagai perbandingan, saya mahu menjadikan penghargaan sebagai perbandingan kerana itulah yang paling penting
"Jika mereka bayar saya RM50,000 untuk menjadi orang suruhan, bagi saya, saya tidak dihargai dan saya tidak mahu.
"Tetapi jika saya dibayar RM20,000 dan mereka menghargai saya sebagai sorang legenda, dan keikhlasan mereka memanggil saya, itulah perkara yang paling penting," katanya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video